PERHATIAN.... Jika anda ingin menonton movie di blog ini... anda mesti register akaun 4Shared.com dahulu... (free Ja bah)

Gengster

Watch Movie :-

Part 1 --Part 2 -- Part 3 -- Part 4

Download Movie:-

Part 1 --Part 2 -- Part 3 -- Part 4

Cerita ini mengisahkan beberapa perwatakan manusia dengan kisah dan konflik yang berbeza, di mana mereka ini terdesak dengan permainan kehidupan di bandar. Rosli merupakan seorang peniaga warung makan bersama isterinya Dewi. Kisah bermula apabila Rosli mengenali Hamzah yang merupakan seorang agen skim cepat kaya. Hasil pujukan Hamzah dan keyakinan Rosli terhadap skim tersebut telah mempengaruhinya untuk turut serta. Namun disebabkan kekurangan modal untuk melabur dalam skim tersebut, dia telah mengambil keputusan untuk meminjam duit daripada kumpulan ceti haram. Walau bagaimanapun, apa yang diimpikan olehnya hanya tinggal impian apabila dia mendapati dia ditipu. Masalah menjadi lebih rumit apabila kumpulan ceti haram tidak dapat menagih pinjaman yang diberikan. Akibatnya mereka telah menculik anak dan isteri Rosli. Di satu sudut kehidupan yang lain, seorang anak muda yang terlalu taksub dengan kehidupan remaja kota telah menghancurkan masa depannya sendiri tanpa disedari. Rizal merupakan seorang remaja yang tenjerumus dalam kancah perlumbaan kereta haram. Perlumbaan menjadi hebat apabila dia bertemu dengan seorang pelumba haram yang handal iaitu Legau. Perasaan ingin mengatasi antara satu sama lain telah menyebabkan kemalangan jiwa yang mengorbankan nyawa-nyawa tidak berdosa. Sufi dan Ria pula merupakan mangsa daripada manusia-manusia yang suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan kemewahan dengan cara yang mudah. Ria telah terjerumus ke dalam sindiket penjualan pil khayal yang diketuai oleh kekasihnya sendiri, Nala. Ketika perasaan Ria begitu memberontak, dia telah mengenali Sufi, seorang pelayan di kelab malam tempat dia bekerja. Sufi merupakan seorang anak muda yang terpengaruh dengan najis dadah. Perhubungan mereka menjadi rapat sehingga Sufi mengambil keputusan untuk membantu Ria melarikan diri dari cengkaman Nala. Dapatkah Rosli menyelamatkan isteri dan anaknya? Mampukah Rizal menandingi kehandalan Legau? Berjayakah Sufi untuk menyelamatkan Ria? Apakah kesudahan perjalanan kehidupan mereka?

No comments:

Post a Comment

Followers

Boleh Pandang-pandang... jangan pegang pegang....