PERHATIAN.... Jika anda ingin menonton movie di blog ini... anda mesti register akaun 4Shared.com dahulu... (free Ja bah)

Lawak Ke Der 2 (2013)


Sinopsis
Pepatah mengatakan “Tawa adalah penawar segala duka.”. Jika benar, persembahan Lawak Ke Der 2 ini adalah penawar terbaik. ‘Lawak Ke, Der? 2’adalah satu persembahan pentas berkonsepkan komedi yang menampilkan barisan pelawak terkenal negara iaitu Nabil, Boboi, Jozan serta Harith Iskander. Ia diarahkan oleh penerbit/pengarah/pelakon terkenal, Hans Isaac dan filem ini akan mencatat sejarah di mana ia merupakan persembahan teater pertama yang dibawakan ke pawagam. Nabil iaitu juara rancangan Raja Lawak musim kedua merupakan pengacara untuk persembahan Lawak Ke Der 2 ini. Nabil adalah antara segelintir pelawak yang menggunakan pendekatan ‘stand-up comedy’ dan bukan sketsa seperti pelawak yang lain. Tak salah kalau dikatakan Nabil merupakan stand up comedian berbahasa Malaysia paling popular. Dua sahabat berbakat iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik juga menyertai rancangan ‘MaharajaLawak Mega’ dan berjaya meraih tempat kedua. Duo ini dikenali sebagai Boboi. Keserasian antara Afdlin dan Harun akan membuatkan anda lupa sebentar tentang segala kebimbangan. Jozan juga adalah sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanahair. Gabungan dua peserta rancangan realiti ‘Raja Lawak’musim pertama ini sering saja menghiburkan kita. Tak kira berlawak secara duo atau solo, aksi Johan dan Zizan tidak pernah gagal untuk menghiburkan. Digelar sebagai ‘The King of Malaysian Comedy’, persembahan Harith Iskander harus dikategorikan sebagai persembahan ‘wajib tonton’. Bagi yang sedang berduka, inilah penawar anda. Bagi yang tidak berduka, mencegah lebih baik merawat, bukan?

Watch Online




No comments:

Post a Comment

Followers

Follow by Email - Movie terbaru yg di upload akan terus ke email anda

Boleh Pandang-pandang... jangan pegang pegang....