PERHATIAN.... Jika anda ingin menonton movie di blog ini... anda mesti register akaun 4Shared.com dahulu... (free Ja bah)

Budak Pailang (2012)


Sinopsis
Budak Pailang, sebuah filem remaja aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak � budak Pailang. Perkataan PAILANG di sini membawa kepada cerita BADRUL (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang samseng, jahat, dan suka membuli. Mangsa yang paling mereka suka kenakan adalah RODI (Nizam) yang nerdy dan lemah. Namun, Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah geng Budak Nakal untuk memukul Badrul dan kawan � kawannya. Geng Budak Nakal terserempak dengan Badrul yang sedang mengorat SHE (Wawa Zainal) dan mula membelasah Badrul. Badrul cedera teruk kerana cuba melindungi She. Bermula daripada kejadian tersebut, She dan Badrul mula menjalinkan hubungan cinta. Dirumah, Badrul lebih bersikap mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya, ESAH tanpa sebarang reaksi. Dek kerana sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia dadah dan menjadi anak buah kepada ALEX (Zul Handy Black), seorang pengedar dadah yang terkenal. Kehidupan Badrul berubah menjadi senang lenang dan kaya. Sehinggalah Badrul kematian seseorang yang sangat disayanginya. Badrul mula sedar diri dan mahu berubah namun banyak halangan yang menghalangnya. Siapakah yang terkorban? Dapatkah Badrul berubah meninggalkan hidupnya yang pailang dahulu?



No comments:

Post a Comment

Followers

Boleh Pandang-pandang... jangan pegang pegang....