PERHATIAN.... Jika anda ingin menonton movie di blog ini... anda mesti register akaun 4Shared.com dahulu... (free Ja bah)

Ngorat 2012


Sinopsis
Cerita ini mengisahkan seorang pemuda bernama IJAM yang mengalami masalah untuk mencari teman wanita. IJAM yang tidak mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan wanita. IJAM bekerja disebuah pusat video berjumpa dgn ramai wanita setiap hari namun percubaannya tetap gagal. IJAM mempunyai beberapa sahabat karib iaitu RIZAL, KEYRA & AZOL. mereka sering bertemu untuk meluangkan masa bersama. pada suatu hari, selepas ijam menonton wayang bersama sahabatnya, ijam diberi sekeping flyer oleh seorang gadis comel. di atas flyers tersebut mempromosikan website www.arjunakasih.com.my. yang memberi tips untuk memikat wanita. Ijam tertarik lalu menyimpannya. Ijam melayari laman web ARJUNA KASIH dan dibawa ke alam fantasi dimana ARJUNA muncul dlm bentuk fizikal bagai sebuah pari-pari, dan berjanji akan membantu Ijam dlm usahanya untuk mencari cinta. Maka bermulalah satu demi satu detik permulaan pertemuan [blindate] Ijam dengan wanita-wanita antaranya yang diaturkan sendiri RIZAL. Namun hatinya tetap tidak serasi dgn gadis-gadis tersebut, ada saja kekurangan dan masalah setiap kali pertemuan diatur. Dalam tidak sedar rupa-rupanya Ijam & Keyra menaruh hati terhadap satu sama lain. Namun masing-masing takut untuk meluahkan dan sangsi sekiranya cinta bertepuk sebelah tangan. Ijam menghubungi Keyra untuk mengajaknya keluar ke cafe. Keyra begitu gembira apabila menerima pelawaan Ijam. Tiba disana Ijam memperkenalkan Keyra dgn seorang wanita, yang mana kawan sekerja Keyra iaitu Sheila. keyra yang hampa, terpaksa meninggalkan mereka berdua dgn alasan ada urusan yang perlu diselesaikan. Keyra yang kecewa membuat keputusan untuk berpindah ke Istanbul. Pada malam Keyra hendak berlepas, Ijam mengejar dan akhirnya gagal kerana pesawat sudah pun berlepas. Ijam yang kecewa mengajak Rizal & Azoe menemaninya mencari ketenangan di ICT. Sebaik sampai disana, Ijam terkejut apabila mendapati Keyra sedang duduk bersama dgn Rizal & Azoe. Ijam segera mendapatkan Keyra dan melutut meminta maaf dan meminta Keyra menerimanya sebagai kekasih. Semasa Ijam ke tandas, Keyra mengeluarkan sekeping kertas senarai lalu memangkah salah satu dari senarai yang tertulis "PASTIKAN DIA MELUTUT" lalu dia menoleh kepada kamera dan tersenyum.

Watch Online

No comments:

Post a Comment

Followers

Boleh Pandang-pandang... jangan pegang pegang....