Part 1 --Part 2 -- Part 3 -- Part 4 -- Part 5
Part 6 -- Part 7 -- Part 8
Download Movie:-
Part 1 --Part 2 -- Part 3 -- Part 4 -- Part 5
Part 6 -- Part 7 -- Part 8
' Melayu pemalas, Cina Makan Babi!' adalah antara dialog yang terkandung di dalam Gadoh, sebuah filem remaja penuh konflik arahan Brenda Danker dan Namron yang di barisi Zahiril Adzim, Amerol Affendy, Namron dan Nicholas Liew Davis ini telah di tayangkan secara ekslusif pada 22 Mei 2009 di Help Universiti College, Damansara. Filem yang memaparkan konflik perkauman antara melayu-cina ini digambarkan secara sinis melalui beberapa watak yang dibawa oleh para pelajar menengah di sebuah sekolah milik Kerajaan. Pergaulan antara melayu dan cina dipaparkan secara kritikal di mana sikap dengki-mendengki antara satu sama lain dicorakkan secara negatif melalui ucapan dialog yang bersifat prejudis. Keruntuhan institusi kekeluargaan di dalam Gadoh di selitkan dengan beberapa situasi yang menggambarkan betapa 'negatifnya' pemikiran ibu bapa yang mengatakan bahawa kaum bukan melayu sebagai penindas bangsa yang tidak bermaruah, sedangkan bangsa melayu perlu diberi perhatian. Sebaliknya pula pada kaum bukan melayu, mereka mengandaikan bahawa bagaimana kaum melayu yang gagal dalam peperiksaan boleh masuk Universiti dan mendapat pekerjaan yang tinggi sedangkan golongan bukan melayu terpaksa berusaha gigih untuk menempatkan diri mereka di bumi Malaysia. Itu bukan perkara biasa dalam realiti masyarakat Malaysia kerana perkara sebegini masih lagi berlaku barangkali tidak dalam kelompok tertentu yang begitu prejudis terhadap bangsa lain. Penghasilan Gadoh sebagai medium pendidikan bukan bertujuan mencipta kontroversi walaupun filem ini cuba menyuntik elemen sebegitu kepada penonton. Walaupun memaparkan dialog yang mencabar pemikiran dan lari dari konsep stereotype filem-filem Melayu lain, Gadoh juga cuba memberikan beberapa dialog dan gerak ucapan yang begitu komedi sifatnya pada sesetengah scene agar filem ini tidak diihat sebagai filem propaganda kepada sesuatu pihak. Gadoh filem berdurasi 70 minit ini sebenarnya mengisahkan kenakalan para pelajar di sebuah sekolah menengah yang menjadikan isu perkauman sebagai perkara genting yang perlu di beri perhatian. Kenakalan mereka menjadi punca pergaduhan antara dua kaum pelajar ( melayu-cina) atas sebab satu perkara iaitu 'kebencian terhadap kaum lain di Malaysia'. Permasalahan ini menarik perhatian Cikgu Anne Lee untuk membawa masuk En. Azman ( Namron ) ke sekolah tersebut untuk mengajar subjek Teater kepada para pelajar bermasalah bagi memulihkan setiap dari mereka untuk menjadi manusia yang berguna. Apakah tindakan En Azman berjaya memulihkan setiap para pelajar tersebut? dan apakah mereka menghargai persahabatan antara mereka?.
No comments:
Post a Comment