PERHATIAN.... Jika anda ingin menonton movie di blog ini... anda mesti register akaun 4Shared.com dahulu... (free Ja bah)

Setem

Watch Movie :-

Part 1 --Part 2 -- Part 3 -- Part 4 -- Part 5
Part 6 -- Part 7 -- Part 8 -- Part 9 -- Part 10
Part 11

Download Movie:-

Part 1 --Part 2 -- Part 3 -- Part 4 -- Part 5
Part 6 -- Part 7 -- Part 8 -- Part 9 -- Part 10
Part 11

Pada tahun 1849, Gabenor Melaka Lord Arthur Barring mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kecacatan padanya. Maka Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Pada tahun 2008, Charles Barring IV (Richard Gardner), seorang pewaris Lord Arthur, mengadakan sidang akhbar di kawasan peranginan A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana setem itu dihasilkan. Setem bersejarah tersebut akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid (Rashidi Ishak) dan Joe (Afdlin Shauki) menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai 2 juta ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli (Datuk Aziz Sattar) yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos membeli tanah tapak Rumah Harapan, rumah anak yatim yang diuruskannya. Pak Ramli memerlukan RM 500,000.00. Sid dan Joe tidak mahu, namun terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang pernah membesarkan mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan sahaja Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim (Chew Kin Wah), seorang ketua kumpulan kongsi gelap juga berminat; begitu juga dengan Vellu (Sathiya) yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium, masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. Mula-mulanya, Joe dan Sid memberanikan diri bersuhabat dengan Piranha biarpun menyedari kegagalan boleh dihukum dengan tangan dibaham ikan piranha dalam akuarium, dan dibantu oleh Lao (Adam Corrie Lee), orang suruhan Piranha. Vellu pula mendapatkan bantuan Mani (Indi Nadarajah) yang baru keluar dari penjara untuk menyeludup setem berharga itu untuk kepentingan diri.

Sebelum memulakan operasi, Joe melimpahkan jus terhadap motosikal yang dimiliki mat rempit. Dalam cubaan pertama Joe dan Sid merampas Setem Barring dari van keselamatan yang dipandu Vellu, keadaan menjadi haru-biru sehingga berlakunya pelanggaran kereta, dan setem itu terkeluar dari van keselamatan lalu terlekat pada muka Aryanto (Isma Yusoof), seorang pendatang tanpa izin dari Indonesia, untuk dibawa balik ke rumah usang yang harus dilawatinya kemudian. Lao cedera parah dalam kemalangan, dan Afdlin secara senyap-senyap mengambil kesempatan untuk menamatkan riwayatnya di tempat kejadian. Piranha amat kesal dengan kegagalan mereka (dan kehilangan Lao) lalu memperhebatkan pencarian setem dengan menghantar Burn (Bront Palarae) bersama Joe dan Sid.

Setelah dijemput masuk oleh Marcello (Harun Salim Bachik) di petempatan usang yang diduduki PATI dari Indonesia, Aryanto menyedari setem berharga yang dibawa baliknya setelah menonton berita di TV. Justeru, Marcello cuba meleraikan keadaan secepat mungkin dengan memanggil Burn, Sid dan Joe ke mari untuk memperdagangkan setem itu, yang juga diekori Vellu dan Mani. Malangnya urusniaga tersebut dipatahkan oleh serbuan polis, sementara Joe yang menunggu di kereta diugut oleh Mani agar membantunya. Perebutan kali kedua Setem Barring menyaksikan setem tersebut terlantar pada beg Iskandar (Que Haidar), seorang pemuzik jalanan yang cacat penglihatan. Kerana penglibatan mereka dalam pemburuan setem, Vellu bersama Aryanto yang tidak banyak mengerti apa yang berlaku gara-gara setem tersebut dibawa menghadap Piranha sebagai tebusan selagi Setem Barring tidak dijumpai.

Di rumah Iskandar, kakaknya Alliya (Vanidah Imran) menjumpai setem itu agar boleh dilekat pada sampul surat yang menyimpan borang permohonan kepada klinik di Singapura yang boleh memulihkan penglihatan adiknya. Setelah tak lama mengekori Iskandar ke rumahnya dan memerhati gerak-gerinya, Sid, Burn dan Mani menunggu peluang merampas setem itu (sementara Joe terkurung dalam but kereta). Mani menyamar sebagai polis untuk menyoal Iskandar mengenai setem itu, dan setelah mendengar penjelasan Iskandar lekas dia ke peti pos untuk menghalang Alliya dari memasukkan surat.

Mani terpaksa menahan Iskandar dan Alliya dalam rumah sementara menunggu posmen datang, dan apabila posmen datang, dia membawa mereka mengejar posmen itu sambil diekori Sid dan Burn. Setibanya di pejabat pos pada waktu malam, Mani berjaya memeras posmen itu (Aziz M. Osman) untuk mengeluarkan semua suratnya agar boleh dicari setem berharga yang diburu selama ini. Bagaimanapun, Piranha sempat menghalang Mani sambil mengambil Sid, Vellu, Iskandar, Alliya dan juga Aryanto sebagai tebusan, sementara Burn melepaskan beberapa das tembakan ke arah but kereta yang mengurung Joe.

Selepas mengikat mereka berlima pada helikopter, geng Piranha meminta khidmat pakar setem untuk mengesahkan ketulenan setem. Rupa-rupanya setem itu palsu kerana kertasnya masih baru kata pakar setem, maka Piranha naik berang lalu menyuruh agar para tebusannya dibunuh serta-merta. Nasib baik Joe muncul untuk menyelamatkan mereka semua (dia dapat melindungi dirinya dengan peti peralatan sewaktu ditembak dari luar but) dan mematahkan kejahatan geng Piranha. Untuk menyelamatkan diri mereka, Joe terpaksa membakar Burn yang mengganas, manakala Piranha dan ahli-ahli gengnya yang lain melarikan diri dengan kereta Joe, sebelum diserang oleh segerombolan mat rempit (kerana Joe pernah mengenakan jus pada motosikal mereka sebelum ini).

Pada hari seterusnya, Sid, Joe, Mani, Vellu, Aryanto, Iskandar dan Alliya berpakat untuk mengajar Charles Barring IV kerana memperbodohkan rakyat dengan setem palsu itu. Di hotel, Sid berbual bersama Barring, dan maka itu dia mengetahui Barring sendiri tidak pernah melihat setem pusaka yang sebenar dan dia menuntut US$4 juta atas kehilangan setem itu. Langkah seterusnya, mereka bertujuh mengejar Barring ke KLIA sambil menyamar sebagai pelancong dan kakitangan lapangan terbang, dan menjayakan misi dengan meletakkan setem palsu dalam beg Barring agar dia boleh ditahan oleh polis.

Tak lama kemudian, setelah lama merenungkan betapa bertuahnya mereka bertujuh seandainya setem itu tulen, kemudian Sid teringat kata-kata Charles Barring itu lalu memaksudkan Setem Barring pusaka ada yang tulennya, dan setem itu mungkin sekali terletak di Melaka. Hanya Joe dan Sid yang menunjukkan minat untuk mencari setem itu, maka ke sanalah mereka menerjah. Kiri kanan mereka mencari, akhirnya mereka tiba di sebuah kedai antik yang dijaga oleh wanita bernama Suraya (Diana Danielle). Setelah ditanyakan mengenai setem pusaka itu, Suraya menunjukkan peti pencetak setem kepada mereka. Secara senyap-senyap mereka menjumpai Setem Barring yang tulen dalam peti itu, tetapi Sid membuat keputusan untuk meninggalkan setem dalam kedai tersebut.

No comments:

Post a Comment

Followers

Boleh Pandang-pandang... jangan pegang pegang....