PERHATIAN.... Jika anda ingin menonton movie di blog ini... anda mesti register akaun 4Shared.com dahulu... (free Ja bah)

Tangkai Jering



Filem ini mengisahkan keghairahan Yassin mengejar cita-citanya untuk menjadi pengarah filem selepas keluar dari universiti. Sikapnya yang begitu jimat dan kedekut menjadi perhatian rakan-rakan dan sering menjadi bahan ketawa jirannya, Pie. Untuk mencapai cita-citanya, dia bekerja di Metro Filem, sebuah produksi filem sebagai production assistant dan sering menyamar sebagai pengarah filem untuk memudahkan kerjanya. Sementara itu, Syakila, graduan lulusan undang-undang yang menceburi bidang lakonan tiba-tiba menjadi perhatian masyarakat apabila lakonan pertamanya meletup. Syakila menerima tawaran membintangi filem aksi dari Metro Filem dan di situlah dia bertemu Yassin yang menyamar sebagai director.
Yassin mendera Syakila semasa audition kerana Syakila gagal membawa wataknya dengan baik. Syakila berkecil hati apabila mendapat tahu bahawa Yassin hanyalah production assistant dan mula membalas dendam. Untuk mengambil hati Syakila, Yassin melatih Syakila teknik lakonan secara percuma sehingga Syakila berjaya membawa watak dengan baik. Hubungan ini menyebabkan Yassin jatuh hati pada Syakila tetapi sikapnya menyebabkan Syakila takut untuk berbaik dengannya. Yassin meminta bantuan Pie untuk memberi penjelasan kepada Syakila dan Pie bertemu ibu Syakila untuk menyampaikan hasrat Yassin. Kejutan berlaku apabila Pie mendapati ibu Syakila adalah bekas kekasihnya 30 tahun lalu akibat daripada sikap Pie yang juga kedekut.



Part 1 -- Part 2 -- Part 3 -- Part 4 -- Part 5

Part 6 -- Part 7 --Part 8 -- Part 9 -- Part 10



1 comment:

Followers

Boleh Pandang-pandang... jangan pegang pegang....